Sayap perlumbaan dan juga prestasi sesuatu jenama automotive seperti Mitsubishi Ralliart, Toyota Gazoo Racing Dan Nissan Motorsport International (NISMO) bukan sahaja berfungsi sebagai platform penyelidikan dan pembangunan (R&D) semata-mata. Falsafah dan keghairahan badan-badan penala rasmi ini juga biasanya akan menjadi alat pemasaran yang baik dengan mewujudkan sekumpulan peminat/fanboy yang fanatik terhadap jenama berkenaan persis peminat-peminat pasukan bola sepak atau artis-artis Kpop.
Formula yang sama dilihat berkesan untuk pasukan lumba and divisi prestasi tinggi Proton iatu Race Rally Research (R3). Ia ditubuhkan pada 2003, dan kemudian berjaya menjuarai pelbagai perlumbaan bukan sahaja di peringkat tempatan, malah turut menempa nama di peringkat antarabangsa.
Sebagai balasan kepada peminat yang memberikan sokongan, satu ketika dahulu R3 bukan hanya menjual cenderamata, malah ia turut hadir dengan katalog peralatan prestasi untuk kereta-kereta Proton, serta menghasilkan pelbagai model-model talaan penuh yang boleh dibeli di bilik pameran.
Pada 2005, pasukan Proton R3 telah berjaya menjadi juara keseluruhan perlumbaan ketahanan terulung di Malaysia ketika itu iaitu Merdeka Millennium Endurance (MME). Perlumbaan yang diadakan setiap tahun berkenaan (kini dikenali sebagai Sepang 12 hours) memerlukan kereta yang bertanding berlumba mengelilingi Litar Antarabangsa Sepang (SIC) selama 12 jam.
Jentera pilihan pasukan R3 untuk berhadapan dengan jentera perlumbaan seperti Porsche 996, Nissan Skyline GT-R R34, Mitsubishi Lancer Evo and sebagainya adalah Lotus Exige 300RR – jangan lupa, ketika ini Lotus merupakan hak milik penuh Proton and pembangunan kereta-kereta jalan raya Proton dijalankan Bersama Lotus.
Lotus Exige 300RR pasukan R3 berkenaan dipandu oleh Tengku Djan Ley, bersama Tony Ricciardello and Genji Hashimoto, berjaya menamatkan perlumbaan selama setengah hari berkenaan dengan 279 lap. Pasukan R3 bukan sahaja menjadi juara untuk kelas O, malah dinobatkan sebagai juara keseluruhan MME 2005.
Bagi meraikan kejayaan tersebut, Proton telah melancarkan dua buah edisi model terhad iatu Proton Waja MME Edition and juga Gen2 MME Editiondilancarkan pada Ogos 2006. Kedua-duanya dihasilkan hanya 200 units setiap model, and penuh dengan kit pengayaan serta peralatan prestasi dari R3 and hanya ditawarkan dengan kotak gear manual lima-kelajuan.
Namun pelancaran dua model berkenaan membuatkan seorang peminat Proton R3, Cikgu Amin Yahaya de Pulau Pinang kecewa – ini kerana dua bulan sebelum Waja MME diperkenalkan, dia baru sahaja membeli sebuah Proton Waja 1.6 Campro baharu! Walau bagaimanapun, ini tidak mematahkan semangat Cikgu Amin untuk menjadikan Waja miliknya sama seperti Waja MME.
Cikgu Amin bukan sekadar peminat biasa-biasa, dia boleh dikategorikan sebagai peminat fanatik Proton dan R3 – selain dari Waja berkenaan yang masih disimpan, Cikgu Amin terus setia dengan dan sehingga kini memiliki model-model baharu Proton.
Dia mempunyai hubungan akrab dengan ahli pasukan R3, khususnya Daryl Lam bagi mendapatkan aksesori-aksesori asli R3 yang sama seperti apa yang ada Waja MRS. Sedikit demi sedikit, barangan-barangan tersebut dikumpul, dibeli terus dari ibu pejabat R3 di Shah Alam dengan bantuan Daryl.
Namun belum sempat Waja berkenaan disiapkan sebagai sebuah Waja R3 MME sebenar, Daryl Lam meninggal dunia pada 2019, ketika itu dia masih bertugas sebagai pengurus pasukan lumba Proton R3 yang masih berjuang di perlumbaan Sepang 1000 KM (S1K).
Selepas keluar artikel kami memaparkan Proton Satria GTi hasil restorasi pertama Dream Street Restoration (DSR) kira-kira tiga tahun lalu, Cikgu Amin tahu di mana dia perlu menyudahkan Waja miliknya itu. Ini kerana pengasas bersama DSR iatu Suriya Sankaran bukan sahaja salah seorang bekas ahli pasukan R3 yang pernah bertugas sebagai ketua projek Proton Satria Neo R3 Lotus Racingmalah merupakan salah seorang sahabat baik kepada Daryl Lam.
Waja ini diserahkan kepada DSR tahun lalu, dan projek ini didekasikan sepenuhya untuk mendiang Daryl Lam. Menurut Suriya, ketika Cikgu Amin menyerahkan Waja ini kepadanya, ia masih dalam keadaan yang sangat baik dan terjaga, serta sudah pun dilengkapkan dengan beberapa aksesori asli R3 seperti kit badan dan juga set rim. Namun untuk proses restorasi dan mengubah Waja ini untuk tampil seperti Waja MME sebenar, kesemua aksesori yang digunakan adalah baharu dalam kotak siap termasuk satu lagi set kit badan dan juga rim!
Tidak seperti projek-projek DSR sebelum ini, enjin Waja Cikgu Amin ini tidak dilakukan proses rombak rawat mahupun draft. Ini kerana walaupun meter perbatuan sudah melebihi 350,000 km, enjin berkenaan masih dalam keadaan yang sangat baik.
Menurut Suriya, ketika rocker cover enjin campro berkenaan dibuka untuk menukar joint, mekanisma dalam kepala silinder tersebut seperti aci sesondol, rocker arm dan sebagainya masih dalam keadaan yang sangat bersih dan seperti baharu. Oleh itu selain dari joint untuk rocker coverDSR hanya menukar timing belt finally third.
Kami sendiri menyaksikan enjin Campro Waja Cikgu Amin ini beroperasi tanpa sebarang gegaran, masih senyap dan tiada langsung bunyi ‘berdetar’ seperti lazimnya enjin-enjin Campro lain dengan bacaan odometer yang tinggi. Rahsiania? Enjin berkenaan dijaga dengan penuh kasih sayang di mana ia dervis dengan sela masa hanya sekitar 2,000 hingga 3,000 km!
Kemudian komponen-komponen R3 yang dibekalkan oleh Cikgu Amin dipasang pada ruang enjin Waja ini. Ia termasuk anti rapprochement bar aluminum, cam valley cover dan penutup minyak enjin aluminum, ‘stokin’ dan juga penutup aluminum untuk reservoir minyak break.
Enjin Campro berkenaan menggunakan extractor ekzos dari Powerzone, dan digandingkan dengan sistem ekzos R3 yang turut menampilkan silent bersama oval berbentuk tip and diukir dengan logo R3. Ketika Waja MME dilancarkan dahulu, R3 mendakwa sistem ekzos berkenaan mampu memberikan kuasa tambahan sebanyak 8 hp.
Model Bagi Waja MME sebenar juga perubahan pada sebelah dalam adalah sangat sedikit berbanding Waja biasa – ia hanya diberikan tombol gear aluminum R3. Namun untuk Waja Cikgu Amin ini, DSR membuat rombakan penuh yang memberikan rupa lebih unik dan tersendiri serta lebih banyak perincian R3.
Pertama sekali, semua komponen-komponen dalam kabin telah dicabut keluar. Papan pemuka yang sudah berusia lebih 15 tahun berkenaan diperkuatkan dan direstorasi semula agar nampak seperti baharu. Panel-panel penutup tiang dibalut semula dengan fabrik berwarna hitam, bersama pelapik bumbung dan pelindung matahari yang turut dibalut semula dengan fabrik berwarna hitam.
Ia masih menggunakan tempat duduk asal Waja, tetapi ia telah dibalut semula dengan fabrik yang sama pada tempat duduk keluaran Recaro, dengan fabrik merah yang sama seperti Recaro Tomcat serta diberikan sulaman ‘MME Edition’ pada perehat kepala. Fabrik berkenaan turut membaluti sebahagian dari pintu panel.
DSR turut memberikan sentuhan semula pada panel meter. Rekaan grafik pada meter berkenaan diubah dengan nombor yang nampak lebih besar, latar belakang dan juga lampu kini berwarna biru, DSR logo diletak pada takometer, dan logo ‘MME Edition’ ditambah pada meter kelajuan.
Waja MME sebenar juga masih menggunakan roda stereng asal dengan beg udara dan butang kawalan radio, manakala Waja MME Cikgu Amin ini nampak lebih hardcore Dengan Operatima Roda Stereng Momo Tuner (Seperti Satria R3) and Dipasang Menggunakan Bosskit Asli R3.
Selain dari itu, Waja MME Cikgu Amin ini juga menampilkan tombol gear asli R3 (ia dari versi automatik dengan kotak gear 4AT berbanding Waja MME asli yang datang hanya dengan kotak gear manual), aluminum pedal set asli R3, set tali pinggang berwarna merah serta set karpet khaki DSR yang nampak sama seperti karpet khaki R3.
Ketika dilancarkan, unit kesemua 200 Waja MME hanya dihasilkan dengan warna badan deep burgundy, iatu warna perang gelap kemerah-merahan yang nampak seperti hitam. Untuk Waja MME Cikgu Amin ini pula DSR memberikan warna badan istimewa ungu gelap yang nampak seperti hitam.
Kalau anda perasan, Waja MME sebenar diberikan pelekat ‘laurel crown’ bernombor 15 dengan satu bintang di atasnya pada kedua-dua wing hadapan, sempena Lotus Exige 300RR pasukan R3 yang berlumba dengan nombor 15. Namun tak sampai sebulan Waja MME ini dilancarkan, pasukan R3 sebenarnya sekali lagi bergelar juara MME untuk edisi 2006, dengan Exige 300RR yang sama, kali ini menggunakan nombor 12, dipandu oleh Tengku Djan Ley, Faidzil Alang and Damien French.
Oleh itu, DSR memberikan ‘laurel crown’ bernombor 12 dengan dua bintang di atasnya pada Waja MME Cikgu Amin ini sempena kemenangan dua tahun berturut-turut pasukan R3 dalam Merdeka Millenium Endurance. Dan apa yang istimewa, ‘laurel crown’ berkenaan bukan dibuat menggunakan pelekat, sebaliknya diabadikan terus pada badan Waja berkenaan dengan air-brush.
Bukan itu sahaja, DSR logo dan juga MME Edition pada penutup bonet belakang juga dihasilkan menggunakan air-brush. Malah jika anda perhatikan dengan teliti, turut terdapat grafik holografik MME pada baaghian bawah sisi Waja ini yang juga dibuat menggunakan air-brush.
Seperti yang disebut tadi, Waja turut dipadankan dengan kit badan baharu yang masih tersimpan di dalam kotak, iaitu kit badan “Zerokit” R3 yang sama seperti Waja MME sebenar. Kit tersebut menampilkan bampar hadapan yang direka bersama gril berbentuk ‘Wau’ spoiler bawah serta liang yang seakan mengalirkan udara dari hadapan ke ruang roda, skirt Yes Yes, lips bampar belakang dan juga lid spoiler pada but belakang.
Lampu hadapan Dark Titanium HID R3 Waja yang sama seperti Waja MME asli turut dipadankan, dan sebagai tambahan Waja MME Cikgu Amin ini juga diberikan logo R3 pada gril hadapan. Waja ini dilengkapkan dengan beberapa lagi perincian yang sama seperti Waja MME sebenar iatu set rim 16-inci dengan lebar 6.5 j JRD ‘Comel’ rekaan R3, cakera brek hadapan yang ditebuk bersama pad brek Mintex R3, serta badan yang direndahkan sekitar 25 mm berbanding Waja standard menggunakan set asli spring R3.
Cikgu Amin adalah salah satu contoh bagaimana sesebuah badan penala itu menjadi organisasi penting dalam jenama self-motivated bagi mewujudkan kesetiaan pelanggan. Harap-harapnya Proton akan menuskan legasi R3 ini yang telah diasaskan dari pengurusan terdahulu bagi membolehkan semangat patriotik terus disalurkan dalam automotive industry dan sukan permotoran.
Tahun lalu Proton dilihat sudah seakan memberikan ‘suntikan’ baharu kepada R3 dengan meletakkan jenama berkenaan di bawah Proton Global Servis (PGS) and memperkenalkan pelbagai barangan hidden gayais used to pilihan minyak enjin asli dan penapis minyak enjin R3 yang dijual ledusi exit R3 yang diwujudkan di pusat-pusat 3S/4S terpilih.
Judge R3 dirancang bakal tampil dengan lebih banyak lagi komponen prestasi untuk kereta Proton serta bakal menghasilkan semula model talaan penuh seperti dahulu, dan ini semua dijangka akan berlaku tahun ini. Tetapi dalam masa yang sama, R3 nampaknya telah direhatkan beberapa tahun dan tidak lagi berlumba di Sepang. Namun bagi penulis sendiri masih berharap apa yang dirancang untuk R3 oleh pengurusan baharu Proton ini akan berjalan lancar!
GALERI: Proton Waja MME Edition ketika dilancarkan pada Ogos 2006