Didedahkan kali pertama kepada dunia Ogos tahun lalu, Royal Enfield Hunter 350 kini tiba di Malaysia dalam dua varian, iatu Metro Rebel and Metro Dapper, dengan harga masing-masing RM22,200 dan RM22,000 tidak termasuk insurans.
Beza antara dua varian ini Cuma pada warnanya, dengan Metro Rebel datang bersama tangki dua tona warna sementara Metro Dapper menggunakan warna yang tersendiri. Kesemuanya ada lima pilihan warna untuk dua varian Hunter 350 ini.
Jika dilihat semasa pelancaran globalnya, dua varian yang dibawa ke Malaysia ini adalah dua varian yang tertinggi, di mana ia datang dengan rim aloi 17 inci (saiz 110/70 di hadapan dan 140/70 di belakang) dengan tayar tanpa tiub, brek cakera hadapan and belakang serta meter gabungan digital and analog seperti Meteor 350.
Hunter 350 dipacu oleh enjin satu silinder 349 cc dengan system suntikan bahan api elektronik serta penyejukan udara, digabungkan bersama transmisi lima kelajuan untuk menghasilkan 20 hp pada 6100 rpm and 27 Nm tork pada 4000 rpm. Walaupun ia adalah enjin yang sama dengan Classic 350 and Meteor 350pemetaannya telah diubah.
Dibina sebagai sebuah motosikal yang serba mudah bagi pelbagai golongan, Hunter 350 turut datang dengan fork teleskopik di hadapan, dua penyerap hentak di belakang, abs system two-channeltinggi tempat duduk 800 mm, tangki bahan api 13 liters serta pengecas usb.
Aksesori Royal Enfield Hunter 350